Yasmin Ahmad (July 1, 1958 – July 25, 2009) was a critically-acclaimed multi-award winning film director, writer and scriptwriter from Malaysia and was also the executive creative director at Leo Burnett Kuala Lumpur. Her television commercials and films are well-known in Malaysia for their humour, heart and love that crosses cross-cultural barriers, in particular her ads for Petronas, the national oil and gas company. Her works have won multiple awards both within Malaysia and internationally.
Early life and career
Yasmin was born in Kampung Bukit Treh in Muar, Johor on July 1, 1958. A graduate in arts majoring in politics and psychology[2] from Newcastle University in England [3], she worked as a trainee banker in 1982 for two weeks. After that she worked for IBM as a marketing representative while moonlighting as a blues singer and pianist by night. Yasmin began her career in advertising as a copywriter at Ogilvy & Mather. In 1993 she moved to Leo Burnett as joint creative director with Ali Mohammed and eventually rising to executive creative director at Leo Burnett Kuala Lumpur.
Breakthrough
Her first film was Rabun in 2002. Yasmin’s films have won many international awards and praise from the critics and public alike. Most of her films have been screened at the Berlin, San Francisco, Singapore and Cannes (film market) international film festivals. Her films were featured in a special retrospective[4] at the 19th Tokyo International Film Festival in October 2006. An April 2007 retrospective[5] of her feature films was sponsored by the Center for Southeast Asian Studies, University of Hawaii, and the Honolulu Academy of Arts. In Singapore, Yasmin is best known for the pro-family commercials she did for the Ministry of Community Development, Youth and Sports[6]. Yasmin was inducted into the Malaysian Advertising Hall of Fame by the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia in November 2008[7].Yasmin was working on her first feature film to be filmed in Singapore titled, “Go, Thaddeus!” when she passed away. This was to be an inspirational film for the 2010 Youth Olympic Games, based on the book, “Running the full distance: Thaddeus Cheong” by Belinda Wee about Singapore’s 17 year old National triathlete who passed away after completing the 2007 SEA Games time trial.
Death
On Thursday, July 23, 2009, Yasmin suffered a stroke and remained motionless, seated, she was resting her head on the table, with her hands cupping her face, while attending a meeting with local artist Siti Nurhaliza and her husband Khalid Mohamad Jiwa, and Media Prima representatives for an undisclosed project at Sri Pentas, TV3[8]. Before the meeting, she spent some time with Media Prima’s group creative director, Peter Chin and was reported to be in a jovial and relaxed mood.
She was rushed to the Damansara Specialist Hospital where she underwent a neurosurgery procedure to reduce the swelling in her brain. The operation was a success however her condition was considered critical but stable[8]. Bernama quoted her brother-in-law, Zakaria Zahari, as saying that Yasmin had suffered a stroke and hemorrhaging in the brain[7].
On Saturday, July 25, 2009, more than 48 hours after the surgery, Yasmin Ahmad succumbed to her injury and was pronounced dead at 11.25pm[6]. On Sunday, July 26, 2009, Yasmin Ahmad was laid to rest at the USJ 22 Muslim Cemetery in Subang Jaya, Selangor. Her husband, Abdullah Tan Yew Leong, their immediate families, hundreds of fans, friends, industry colleagues and personalities gathered to bid her farewell.
Films
* Rabun (My Failing Eyesight) (2003)
* Sepet (Chinese Eye) (2004)
* Gubra (Anxiety) (2006)
* Mukhsin (2007)
* Muallaf (The Convert) (2008)
* Talentime (2009)Commercials
* Petronas TV Commercial (for Chinese New Year, Hari Raya, Deepavali & National Day)
* Yuzy (2000) Petronas Road Safety Campaign
* Vas Dentures (2000) Celcom
* Tan Hong Ming In Love (2007) Petronas Merdeka Day commercial
* Family (2008) for the Singaporean Ministry of Community Development, Youth and Sports
* Funeral (2009) for the Singaporean Ministry of Community Development, Youth and SportsAwards and nominations
* Malaysia Video Awards for Best Director (1999) – Forgiving Petronas commercial[9]
* Association of Accredited Advertising Agents Malaysia’s Golden Kancil Award for Best Advertising Agency (1999/2000)[10][11]
* Malaysia Video Awards silver award for Best Scriptwriting (2000)Yuzy Petronas Road Safety Campaign
* Malaysia Video Awards bronze award for Best Scriptwriting (2000)Vas Dentures Celcom
* Malaysian Film Festival awards for Most Original Story and Best Film (2005) Sepet[12]
* Malaysia Film Festival awards for Best Screenplay and Best Film (2006) Gubra[13]
* Berlin International Film Festival Grand Prix award by the Kinderfilmfest International Jury and Generation K-Plus Crystal Bear Special Mention (2007) Mukhsin[14]From Wikipedia
..sebuah kehilangan besar..buat keluarga, sahabat, masyarakat, industri, negara dan juga dunia..idea, pandangan dan penyampaian nya sungguh dekat dihati kita..dengan isu2 yg kita tak ambil peduli atau tak perasan di keliling kita..tayangan filem2nya kecuali Muallaf* ku nanti, 1st day show yg pasti,dan pasti ku ulang sekali lagi..
*As Yasmin’s previous films, Muallaf opened with the usual Islamic verse In the name of God, the most Gracious and most Merciful (Bismillahirahmanirrahim). What set Muallaf apart from her previous works was that the verse was displayed in Chinese in this movie, i.e. 奉大仁大慈真主的尊名 (Pinyin: fèng dà rén dà cí Zhēn Zhǔ de zūn míng). It was understood that the verse would be displayed in Tamil in her next film, Talentime.
As Yasmin’s second feature film, Sepet, Muallaf was first screened in Singapore instead of Malaysia, where it was shot. However, unlike the former, Muallaf may not be screened in Malaysian cinemas after all since the Malaysian censorship authorities had requested key scenes to be cut, thus rendering the story meaningless. The film ran for 4 weeks in Singapore from 27 November to 24 December 2008, recording turnouts more than that of Sepet.
Dari Harian Metro
Perginya pembikin filem tulen
Oleh Adam Salleh, Norhayati Nordin & Elrafaei Sapi
adam@hmetro.com.my, yati@hmetro.com.my dan ahmadelrafaei@hmetro.com.myRatusan kenalan termasuk anggota keluarga dan rakan artis hadir memberi penghormatan terakhir kepada pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad yang meninggal dunia lebih kurang jam 11.25 malam kelmarin.
Biarpun cuaca panas terik ketika itu, kenalan yang hadir tetap bersama untuk menyaksikan buat kali terakhir Yasmin dikebumikan.
Antara mereka yang kelihatan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Datuk Seri Farid Ridzuan, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Habsah Hassan, Fatimah Abu Bakar, Othman Hafsham, Alan Yun, Maya Karin, Ho Yuhang, Susan Lakester dan Vanidah Imran bersama suami, Rashidi Ishak.
Bagi Farid, persahabatan antara dia dengan Yasmin lebih sekadar hubungan perniagaan apabila Yasmin pengsan ketika membentangkan kertas kerja untuk satu projek bersama stesen televisyen itu pada petang Khamis lalu.
Ketika ditemui, Farid menyatakan mereka sudah berkenalan lebih 15 tahun lalu.
“Arwah bukan hanya sebagai kawan, tetapi beliau pernah menjadi bos saya ketika kami sama bekerja di Leo Burnett suatu ketika dulu.
“Beliau antara sebab saya menyertai syarikat pengiklanan itu.
“Pada saya, bakat berkarya yang dimilikinya suatu yang luar biasa. Kehilangannya sukar dicari ganti. Apa yang boleh saya harapkan, agar mereka yang pernah menimba tunjuk ajar daripadanya dapat meneruskan karya yang terbaik.
“Saya meminati karya Yasmin sejak 1990. Apa yang saya lihat, setiap kali majlis anugerah Kancil diadakan pada setiap tahun, Yasmin akan muncul sebagai pemenang.
“Saya juga ada belajar sesuatu daripadanya. Selalu bila saya ada masalah Yasmin akan bertanya pada saya apa kata hati. Maksudnya, kita patut fikir dulu apa kata hati berbanding apa yang kita fikirkan,” katanya.
Mengenai perbincangan kertas kerja yang menjadi karya terakhir Yasmin sebelum dia jatuh tidak sedarkan diri, Farid menyatakan ia adalah projek bersama yang mempunyai kaitan dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Yasmin sebenarnya sudah lama mempraktikkan konsep 1Malaysia dalam pelbagai karyanya sama ada filem mahupun iklan. Apa yang nyata, semua bangsa cuba ditampilkan dalam karyanya.
“Ketika Perdana Menteri memperkenalkan konsep ini, saya terfikir Yasmin adalah individu yang tepat untuk menjalankan projek baru kami ini. Projek ini sebenarnya adalah kempen.
“Insya-Allah, projek ini akan diteruskan walaupun kita kehilangan sentuhan Yasmin. Bagi pihak anggota keluarga Yasmin, saya memohon maaf kerana mereka tidak mahu ditemu bual.
“Bagaimanapun, mereka mengucapkan berbanyak terima kasih pada media kerana menyokong karya Yasmin selama ini. Media Prima juga merancang untuk menerbitkan program ‘tribute’ untuk Yasmin nanti.
“Dalam program ini, kita akan paparkan kembali segala karya seperti iklan dan filem termasuk filem pertamanya, Rabun yang pernah ditayangkan di TV3 suatu ketika dulu,” katanya.
Pengarah Othman Hafsham turut berkongsi perasaan kehilangan individu yang berbakat besar. Katanya, mereka berkenalan lebih 20 tahun dan Yasmin pernah menggelarkan Hafsham sebagai sifu.
“Kami kerap berhubung antara satu sama lain sebelum ini. Pada saya, Yasmin seorang individu yang mempunyai keberanian dalam melontarkan pandangan dalam fikirannya.
“Ramai karyawan tidak sepertinya. Biarpun filem arahannya menjadi kontroversi, dia tetap terus mahu berkarya.
“Menerusi satu iklan Petronas yang menampilkan saya berkaki palsu, iklan itu memberi impak yang cukup kuat kepada penonton hinggakan ramai penonton percaya saya berkaki palsu.
“Apapun, saya hargai apabila Yasmin menjemput saya untuk berlakon dalam iklan itu. Kali terakhir kami bertemu kira-kira tiga hingga empat minggu lalu.
“Ketika itu, saya ada satu bengkel dan ada poster yang tertulis siapa mahu jadi pengarah tersohor. Nyata dia serius untuk mengikuti bengkel itu,” katanya.
Alan yang pernah terbabit berlakon di bawah filem arahan Yasmin antaranya Sepet, Gubra dan Mukhsin turut bersedih dengan kehilangan Yasmin secara tiba-tiba.
Katanya, dia berkenalan dengan Yasmin sejak 13 tahun lalu apabila mula terbabit dengan iklan.
“Kami bekerjasama untuk beberapa projek termasuk filem. Yasmin pernah berpesan pada saya, jangan lupa beri peluang pada orang lain untuk bekerjasama.
“Saya masih ingat, pertama kali saya bekerjasama dengannya menerusi iklan syampu iaitu 13 tahun lalu. Dia juga pernah mencipta lagu You yang memberi makna mendalam.
“Kehilangannya suatu yang besar pada persada hiburan tanah air. Yasmin bukan hanya berbakat, tetapi dia juga beri peluang pada bangsa lain untuk bekerjasama,” katanya.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah berkata kematian Yasmin malam kelmarin jelas dunia perfileman tanah air kehilangan seorang penulis, pengarah filem yang amat kreatif, berbakat serta berkaliber.
Menurutnya, Yasmin adalah seorang penulis skrip yang meluahkan cerita secara jujur dan telus dari hatinya dan seorang pengarah yang amat kreatif dengan pengvisualannya.
“Yasmin bagi saya adalah ikon dan mentor kepada pembikin filem bebas tanah air. Beliau sanggup meluangkan masa dan tenaga, malah wang ringgitnya untuk membantu pengkarya filem tempatan.
“Kehilangannya cukup dirasai. Selaku Presiden Gafim dan PFM dengan dukacitanya saya mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga Yasmin di atas pemergian beliau ke Rahmatullah,” katanya.
Puad, yang juga Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios Sdn Bhd, bukan setahun jagung mengenali Yasmin dengan mengambil kira pengalaman menerbitkan Rabun, Mukhsin dan Talentime.
Menurutnya, Yasmin akan memberi sepenuh perhatian kepada segala perkara walau sekecil mana sekalipun dalam setiap filem garapannya.
“Beliau sentiasa mengharapkan usaha dan hasil terbaik daripada setiap anggota pasukannya sama ada pelakon atau tenaga kerja.
“Yasmin yang saya kenali tidak pernah memikirkan mengenai festival filem apabila membikin filem, apatah lagi memenangi anugerah.
“Tetapi yang pasti, setiap kali filemnya siap kami akan menerima berpuluh permintaan dari penganjur pelbagai festival filem antarabangsa untuk penyertaan.
“Ini kerana filemnya mengetengahkan isu kemanusiaan sejagat yang mudah difahami oleh penonton dari negara mana sekalipun,” kata Puad yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah untuk mesyuarat persiapan terakhir Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 dari 5 hingga 8 Ogos nanti.
Filem Yasmin memenangi anugerah dipertandingkan atau ditayangkan di festival antarabangsa antaranya di Berlin, Cannes, Venice, San Francisco, New York, Tokyo, Pusan, Manila dan Jakarta.
“Saya berbangga mengenali Yasmin, seorang pembikin filem tanah air yang tulen kerana baginya filem satu medium untuk berkongsi idea, cerita dan pengalaman tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.
Filed under: My Feeling, My Thought, Uncategorized